1 September 2009

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta

  • Dia akan bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela bkn paksaan
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah menjadi org yg byk ckp asalkan kekasihnya tersenyum dan ketawa
  • Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya dgn penuh ikhlas
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya meluap-luap
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga
  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain
  • Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan ape saje
  • Dia mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya
  • Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama
  • Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya
  • Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya
  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasakan kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya
  • Dia tidak akan melayan gadis lain yang tiada urusan penting dgnnya
  • Dia cuba meluangkan lebih byk masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar
  • Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharapkan kekasihnya kembali kepadanya
  • Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. Malah sanggup membunuh jika diberi kebenaran
  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta malah nyawanya sendiri
  • Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya
  • Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan
*warna merah bererti menda 2 berlaku pada aku sendiri dan aku setuju dgn fakta itu 100%.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan